Kronologi penubuhan Pusat Internet 1Malaysia Parit Bilal Rembah bermula sekitar bulan April 2014. Dewan Serbaguna Kampung Rambah menjadi lokasi pilihan bagi penubuhan pusat internet ini. Hal ini adalah disebabkan faktor lokasinya yang berhampiran dengan pusat bandar, pusat pendidikan (sekolah) serta dikelilingi perumahan penduduk Taman Rambah. Bermula dengan aktiviti pembersihan kawasan pada bulan April 2014, urusan pembinaan diteruskan dengan kerja-kerja pemasangan wayar dan penyediaan fasiliti dari bulan Mei hingga Julai 2014. Selepas itu PRA U.A.T dilakukan pada bulan Ogos 2014 diikut dengan U.A.T SKMM pada awal bulan September 2014. Kerja-kerja pembinaan telah dilaksanakan dengan jayanya sehinggalah pusat internet ini siap sepenuhnya dan memulakan operasi secara rasmi pada tanggal 10 September 2014 sekaligus menjadi salah satu pusat internet dibawah Fasa 5 (CBL Enhancement) dalam negeri Johor. Kini, setelah menginjak usia penubuhan hampir 2 tahun, pusat ini dilihat mampu memenuhi serta membantu sedikit sebanyak pendedahan ilmu serta penyediaan peralatan ICT kepada kira-kira 3000 penduduk sekitar kawasan Rambah.