ADVOKASI (KDB) – CARIAN BAHAN HUJAH ‘ENGLISH PUBLIC SPEAKING’
Tujuan
Aktiviti advokasi bertujuan membantu peserta untuk mendapatkan bahan rujukan untuk isi kandungan hujah pengucapan awam bahasa inggeris sebagai tugasan sekolah. Isi kandungan meliputi pemilihan isi utama, tatabahasa dan susunan ayat yang betul.
Aktiviti
Peserta memanfaatkan penggunaan google search dan akhabar ‘online’ bahasa inggeris untuk mencari bahan hujah yang berkualiti dan juga turut menggunaka kamus ‘online’ untuk mencari maksud perkataan.
MULTIMEDIA (MEDIUM MEDIA BARU) – REVIEW INSTAGRAM

Tujuan
Kelas multimedia ini bertujuan mendedahkan kepada peserta tentang perkembangan media sosial untuk komunikasi yang baru iaitu instagram yang mengandung pelbagai fungsi seperti perkongsian maklumat, komunikasi dan video.
Aktiviti
Peserta login masuk menggunakan maklumat diri yang telah didaftarkan. Setelah itu, mereka boleh review isi kandungan instagram samada milik sendiri atau kenalan di media.
MICROSOFT OFFICE WORD – MEMBUAT SENARAI NAMA KELAS (REWARD CHART)

Tujuan
Kelas ini bertujuan membantu pelajar membuat senarai nama pelajar kelas menggunakan asas kolum pada microsoft word bagi melengkapkan tugasan ‘reward chart’.
Aktiviti
Peserta menggunakan sepenuhnya perisian microsoft office word bagi membuat senarai nama pelajar.
