KISAH KEJAYAAN
(SUKU TAHUN KE-1 2017)
CELIK IT
Latar belakang
Adik Muhd Alif Aizuddin berusia 13 tahun dan masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Rimba Terjun kerana mengikuti kelas pemulihan. Walaupun memasuki kelas pemulihan, namun beliau berperwatakan normal seperti kanak-kanak lain dan meminati aktiviti melibatkan asas teknologi komputer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Ketika awal penglibatannya dengan pusat internet, Alif Aizuddin bukanlah seorang yang tahu tentang komputer. Beliau kurang mengenali nama komponen-komponen komputer, perkakasan sampingan komputer juga tidak tahu menaip serta melayari internet. Kesan dari kekurangan tersebut, beliau mula menjadi pengguna aktif perkhidmatan pusat internet Parit Bilal Rembah dengan tujuan untuk mempelajari asas teknologi maklumat dan perkomputeran. Beliau kerap hadir ke pusat internet selepas waktu sekolah samada untuk belajar komputer atau menyertai aktiviti anjuran pusat internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan ICT dan perkakasan komputer yang dibimbing oleh petugas-petugas Pusat Internet Rambah, beliau kini telah mahir menggunakan komputer termasuklah perisian-perisian di dalamnya seperti Microsoft office. Ada kalanya sewaktu di dalam kelas Microsoft power point contohnya, beliau membantu rakan-rakan yang tidak mahir asas komputer untuk menggunakan perisian tersebut sehinggalah rakan-rakannya faham. Selain itu, adik Alif Aizuddin sentiasa menunjukkan minat dan sokongan yang tinggi serta kerjasama terbaik bagi setiap aktiviti berkaitan yang dijalankan oleh pusat internet.
Apa yang dipelajari melalui PI
* Mengenali nama komponen-komponen asas komputer dan perkakas sampingan.
* Mempelajari cara melayari laman web yang selamat dan betul.
* Mempelajari ilmu asas Microsoft office seperti power point, word, excel dan publisher.
* Mempelajari dan menggunakan medium komunikasi media sosial seperti ‘facebook’ dan dashboard.
* Mempelajari panduan klik dengan bijak serta keselamatan penggunaan komputer.
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
* PI membantu meningkatkan tahap penguasaan ICT daripada tidak tahu langsung kepada mahir asas.
* Memberi kelas bimbingan ICT percuma.
* Meningkatkan keyakinan dalam menggunakan aplikasi / perisian komunikasi terkini.
* Mengembangksan hubungan media sosial bagi tujuan komunikasi.
* Membantu menyelesaikan tugasan sekolah yang berkaitan.
KISAH KEJAYAAN
(SUKU TAHUN KE-1 2017)
USAHAWAN ONLINE
Latar belakang
Puan Yatimah tergolong dalam golongan warga emas yang menjalankan perniagaan jenis pembuatan makanan dengan menjual pelbagai kuih-muih tradisional terutamanya yang paling mendapat sambutan iaitu kuih keria gula Melaka sebagai sumber pendapatan sampingan. Beliau memilih produk makanan terutama kuih-muih tradisional sebagai jenis perniagaan kerana mempunyai kemahiran membuatnya disamping kerap mendapat permintaan dari pelanggan. Produk beliau yang sentiasa mendapat tempahan adalah Kuih Keria Gula Melaka Chubby.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Yatimah boleh dikategorikan sebagai golongan bukan celik IT. Beliau tidak tahu menggunakan gajet serta teknologi komunikasi terkini bagi tujuan promosi. Pada awal perniagaan, anggaran bilangan tempahan kuih keria beliau dalam sebulan adalah sebanyak 300 biji.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Walaupun faktor umur telah membataskan beliau untuk mempelajari gajet dan alat komunikasi terkini, beliau tidak patah semangat untuk mengembangkan perniagaan kuih kerianya agar lebih dikenali. Oleh yang demikian, beliau mengambil langkah memperluaskan produk kuihnya dengan bantuan cucunya untuk membuat promosi dan penjualan. Namun begitu beliau sentiasa mengawasi dan mengambil maklum setiap tempahan yang diterima. Melalui bimbingan petugas pusat internet serta cucunya, Puan Yatimah diterangkan secara lisan tentang asas keusahawan contohnya kemahiran usahawan ‘online’, penjualan melalui telefon, cara merekod tempahan dan melayari laman internet bagi tujuan carian resepi terbaik. Beliau menggunakan medium telefon (whatsapp) dan ‘faceboook’ bagi tujuan pemasaran. Hasilnya, jualan kuih kerianya telah meningkat 2 kali ganda berbanding dahulu iaitu dengan anggaran 600 – 700 biji sebulan. Paparan ‘facebook’ Kuih Keria Gula Melaka Chubby beliau boleh di lihat atas nama Nadia Ramlan.
Apa yang dipelajari melalui PI
* Mempelajari cara melayari laman web yang selamat dan betul bagi carian resepi baru.
* Mempelajari cara merekod tempahan.
* Mepelajari dan menggunakan medium komunikasi media sosial seperti ‘facebook’ dan telefon bimbit (whatsapp).
* Mempelajari cara menarik pelanggan melalui promosi dan iklan jualan.
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
* PI membantu meningkatkan tahap penguasaan ICT daripada buta IT kepada tahu asas IT.
* Memberi kelas bimbingan asas keusahawanan percuma.
* Perkongsian pendapat dan idea baru bagi menarik minat pelanggan.
* Meningkatkan keyakinan dalam menggunakan aplikasi / perisian komunikasi terkini.
* Mengembangkan hubungan meida sosial bagi tujuan komunikasi.
* Membantu mempromosikan produk usahawan.









