KISAH KEJAYAAN
(SUKU TAHUN KE-1 2018)
CELIK IT
Latar belakang
Johan merupakan pelajar tingkatan 2 di SMK Telok Kerang. Beliau telah menjadi ahli PI sejak dari awal pembukaan PI Rambah ini lagi iaitu pada tahun 2014. Beliau merupakan salah seorang pengguna perkhidmatan pusat internet yang sangat aktif disamping banyak melibatkan diri dengan aktiviti pusat internet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Ketika awal penglibatannya dengan pusat internet, Johan boleh dikategorikan sebagai pengguna yang kurang mahir tentang komputer. Beliau kurang mengenali nama komponen-komponen komputer, perkakasan sampingan komputer juga tidak tahu menaip serta melayari internet. Kesan dari kekurangan tersebut, beliau mula menjadi pengguna aktif perkhidmatan pusat internet Parit Bilal Rembah dengan tujuan untuk mempelajari asas teknologi maklumat dan perkomputeran. Beliau kerap hadir ke pusat internet selepas waktu sekolah samada untuk belajar komputer atau menyertai aktiviti anjuran pusat internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan ICT dan perkakasan komputer yang dibimbing oleh petugas-petugas Pusat Internet Rambah, beliau kini telah mahir menggunakan komputer termasuklah perisian-perisian di dalamnya seperti Microsoft office. Ada kalanya sewaktu di dalam kelas, beliau membantu rakan-rakan yang tidak mahir asas komputer untuk menggunakan perisian tersebut sehinggalah rakan-rakannya faham. Paling penting, Johan sentiasa menunjukkan minat dan sokongan yang tinggi serta kerjasama terbaik bagi setiap aktiviti berkaitan yang dijalankan oleh pusat internet.
Apa yang dipelajari melalui PI:-
- * Mengenali nama komponen-komponen asas komputer dan perkakas sampingan.
- * Mempelajari cara melayari laman web yang selamat dan betul.
- * Mempelajari ilmu asas Microsoft office seperti power point, word, excel dan publisher.
- * Mempelajari dan menggunakan medium komunikasi media sosial seperti ‘facebook’ dan dashboard.
- * Mempelajari panduan klik dengan bijak serta keselamatan penggunaan komputer.
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT:-
- * PI membantu meningkatkan tahap penguasaan ICT daripada tidak tahu langsung kepada mahir asas.
- * Memberi kelas bimbingan ICT percuma
- * Meningkatkan keyakinan dalam menggunakan aplikasi / perisisan komunikasi terkini.
- * Mengembangkan hubungan media sosial bagi tujuan komunikasi.
- * Membantu menyelesaikan tugasan sekolah yang berkaitan.
KISAH KEJAYAAN
(SUKU TAHUN KE-1 2018)
USAHAWAN ONLINE
Latar belakang
Puan Norlidza merupakan seorang kakitangan awam dengan memegang jawatan sebagai guru yang menjalankan perniagaan bakeri membuat pizza sebagai sumber pendapatan sampingan. Perniagaan tersebut beroperasi di rumah sahaja dengan jenama Roti Bonda Pontian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awal pembabitan, kelompok pembeli produk beliau hanya terdiri daripada anak murid dan rakan-rakan guru disekolah. Sambutan jualannya baik tetapi tidak meluas. Skop penjualan beliau amat kecik dan tertumpu pada satu tempat sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Memegang azam untuk menembusi pasaran yang lebih terbuka, beliau mengambil inisiatif memperbesarkan promosi produk pizzanya melalui medium hebahan ICT (media sosial). Oleh yang demikian, beliau memilih mengikuti kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Parit Bilal Rembah. Melalui pembelajaran di kelas terbabit, beliau dapat menyediakan segala maklumat secara terperinci tentang produknya kepada orang ramai seperti jenis-jenis pizza, waktu operasi, tempat operas serta maklumat untuk dihubungi. Puan Norlidza sedaya upaya merekacipta risalah yang ringkas tapi menarik dan terperinci berkaitan perniagaan bakerinya. Hasilnya, beliau kini dapat menerima sebarang tempahan bagi mereka yang ingin menempah pizza untuk majlis kenduri persendirian, koperasi sekolah dan majlis keraian kecil. Disamping itu, dengan bimbingan dari petugas yang mengajarnya menjual produk dalam ‘facebook’, beliau bukan sahaja dapat melebarkan sayap perniagaan, malahan meningkatkan pendapatan. Melalui promosi di media sosial, beliau boleh melihat respon dari pelanggan yang pernah membeli produknya. Pendapatan beliau meningkat dari RM3000 kepada RM5000 sebulan.
Apa yang dipelajari melalui PI
- * Melayari internet untuk mencari peluang-peluang mengikuti kelas kemahiran bakeri serta mendapatkan resepi-resepi terkini melalui saluran yang betul.
- * Mempelajari cara membuat risalah perniagaan yang mudah tapi menarik dan terperinci untuk rujukan pelanggan.
- * Mempelajari cara mendaftar produk dalam Dashboard PI-My Shop.
- * Belajar cara mengambil dan merekod tempahan pelanggan.
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
* Petugas memberi panduan yang mudah difahami langkah demi langkah.
* Beliau kini boleh mengembangkan maklumat produk yang disediakan melalui 2 saluran iaitu edaran risalah dan dashboard PI.
* Penduduk setempat sudah semakin ramai mengetahui produk bakeri yang beliau jual selain sekolah dan kakitangan kerajaan.
* Pendapatan meningkat lebih banyak berbanding sebelum ini.
- * Petugas membantu membuat promosi perniagaan kepada pengguna lain di PI.








